[VIDEO] 'Calon PM, tunggu kekuatan kerusi' - Abdul Hadi

Iklan

KOTA BHARU - Pas mengakui mempunyai calon Perdana Menteri daripada parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang, namun belum tiba masanya untuk mendedahkan individu berkenaan.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penentuan calon Perdana Menteri hanya akan dibuat selepas melihat kekuatan kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding pada pilihan raya berkenaan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada Pas akan mengemukakan calon Perdana Menteri daripada parti itu susulan agenda untuk memimpin penyatuan ummah yang ditekankan dalam ucapan dasarnya.

Abdul Hadi (empat dari kiri) memotong pulut semangat sempena Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Jumaat. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

Iklan

Terdahulu media melaporkan Pas perlu berperanan sebagai peneraju utama dalam usaha penyatuan ummah dan menyasarkan kerusi Perdana Menteri.

Menurut Ketua Pemuda Pas Kedah, Ilyas Ahmad, parti itu juga tidak seharusnya lagi memberi laluan kepada parti lain untuk menerajui jawatan Perdana Menteri kerana mempunyai calon berkelayakan.

Iklan

Beliau berkata, sudah tiba masanya Pas tampil sebagai kuasa utama dalam usaha membentuk kepimpinan di peringkat Persekutuan.