Penyatuan Ummah: Kehadiran UMNO di Muktamar Pas buka sejarah baharu arena politik negara - Takiyuddin

Iklan
Takiyuddin (kanan) dan Asyraf Wajdi (kiri) pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di PUTIK, Pengkalan Chepa di Kota Bharu pada Jumaat. Foto: HAZELEN LIANA KAMARUDIN

KOTA BHARU - Kehadiran pimpinan UMNO ke Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa di sini pada Jumaat bukan sekadar memenuhi undangan.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan malah menyifatkan ia sebagai detik sejarah baharu dalam landskap politik negara dalam usaha memperkukuh gagasan Penyatuan Ummah.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kehadiran pimpinan UMNO yang diketuai Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada muktamar kali ini memperlihatkan usaha gigih dan bersungguh-sungguh untuk menjayakan agenda penyatuan tersebut.

Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-72 tidak dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi namun beliau diwakili Asyraf Wajdi, Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub serta kepimpinan UMNO negeri termasuk ketua bahagian.

Iklan

Ia merupakan kehadiran kali kedua kepimpinan UMNO ke Muktamar Pas selepas di Pahang pada 2019.

Jemputan itu dibuat memandangkan UMNO sebagai rakan kerjasama strategik.

Iklan

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, usaha menyatukan umat Islam perlu berteraskan perdamaian, kasih sayang dan tanggungjawab, bukannya didorong keegoan atau kepentingan politik semata-mata.