Tragedi lemas: Sokongan psikologi, kaunseling diberi kepada mangsa terselamat

Iklan
Muhammad Naqib (dua dari kiri) berjumpa dengan rakan-rakan mangsa pada Khamis.

KOTA TINGGI - Sokongan psikologi dan kaunseling diberikan kepada dua mangsa yang terselamat dalam tragedi lemas membabitkan enam remaja berusia 16 tahun di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di sini pada Rabu.

Exco Pendidikan dan Penerangan Johor, Dr Muhammad Naqib Md Ghazali berkata, sokongan awal itu sangat penting memandangkan mereka yang terselamat masih trauma dan sedang menerima rawatan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sokongan moral berkenaan dilaksanakan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Tinggi.

Muhammad Naqib (dua dari kiri) diberi penerangan mengenai SAR mangsa lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar pada Khamis.

Iklan

“Saya juga meminta bantuan moral itu dipanjangkan kepada ahli keluarga mangsa yang ketika ini berdepan detik sukar,” katanya ketika ditemui di Pantai Tanjung Lompat di sini pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

Iklan

Alif Taqiudin ditemukan lemas, tiga lagi rakan masih hilang

Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi'

Muhammad Adib barbeku sempena merdeka bersama keluarga sebelum hilang di laut

Empat remaja lemas: Jasad mangsa kedua ditemui nelayan

Sinar Harian sebelum ini melaporkan kejadian 8.20 pagi itu mengorbankan seorang remaja, Alif Taqiuddin Kamal Hasrul yang ditemui 1.15 petang Rabu manakala Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor dijumpai jam 1.53 petang pada Khamis.

Dua lagi mangsa, Muhammad Adib Hafiy dan Mohamad Haiman Fitri Supian belum ditemui.

Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam.