Lelaki ditahan serang pengawal keselamatan

Iklan
Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menyerang pengawal keselamatan pada Rabu. Gambar hiasan

GOMBAK – Seorang lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menyerang pengawal keselamatan sebuah pasar raya borong susulan kejadian kecurian barangan di premis berkenaan, di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira jam 5.58 petang.

Iklan
Iklan

"Polis dengan bantuan orang awam berjaya menahan lelaki berusia 39 tahun itu di lokasi kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Abang Kaderi menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian tersebut dan memberi ruang kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut.