Pesakit mental maut dibunuh: Lelaki 51 tahun direman 6 hari

Iklan
Seorang lelaki direman bagi membantu siasatan kes bunuh penghuni pusat penjagaan dan rawatan pesakit mental.

SUNGAI PETANI - Seorang penghuni pusat penjagaan dan rawatan pesakit mental di Taman Kempas di sini direman bagi membantu siasatan kematian seorang lelaki di premis sama, Isnin lalu.

Lelaki dari Tasek Gelugor, Pulau Pinang berusia 51 tahun itu direman selama enam hari bermula Rabu hingga Isnin depan bagi siasatan lanjut kes terbabit.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut disyaki mempunyai kaitan dengan kes bunuh seorang penghuni berusia 42 tahun yang dikatakan menghidap Skizofrenia.

Menurutnya, kira-kira jam 7 malam hari kejadian, mangsa berasal dari Machang, Kelantan ditemukan tidak sedarkan diri di pusat jagaan berkenaan.

Iklan

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan pada bahagian dada.

Semakan rekod mendapati lelaki yang ditahan mempunyai sembilan rekod lampau membabitkan kes jenayah dan enam rekod berkaitan dadah.

Iklan

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.