Ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri - MetMalaysia

Iklan
MetMalaysia ramalkan ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri malam ini. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri, yang diramal berlarutan sehingga jam 7 malam dan 9 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk sehingga jam 7 malam melibatkan seluruh Perlis serta Kedah merangkumi Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Iklan
Iklan

Turut diramal mengalami cuaca sama di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara, Pahang (Bentong dan Jerantut), Selangor (Gombak, Hulu Selangor dan Hulu Langat) serta Jelebu di Negeri Sembilan.

Sementara itu, amaran cuaca buruk yang dijangka berlarutan sehingga jam 9 malam pula melibatkan seluruh Kelantan.

Iklan
Iklan

Keadaan sama dijangka berlaku di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta serta di Terengganu membabitkan Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. - Bernama