Polis siasat dua kanak-kanak keluar 'sunroof', duduk atas MPV sedang bergerak

Iklan
Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu dipercayai berlaku bermula susur keluar Meru ke Jalan Jelapang-Simpang Pulai, bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan.

IPOH - Polis sedang menyiasat kejadian dua kanak-kanak duduk di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam keadaan kenderaan itu sedang bergerak di jalan raya, yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, setakat ini tiada laporan diterima mengenai kejadian itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, katanya, pihak polis sedang mengesan pemilik kenderaan berkenaan.

Terdahulu tular sebuah video yang memaparkan dua kanak-kanak perempuan duduk di atas sebuah MPV mewah jenis Toyota Alphard.

Iklan

Kanak-kanak tersebut dipercayai naik melalui 'sunroof' (bumbung tembus cahaya) dalam keadaan kereta sedang bergerak di jalan raya.

Kejadian yang dirakam pengguna jalan raya itu dipercayai berlaku bermula susur keluar Meru ke Jalan Jelapang-Simpang Pulai, bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selatan.

Iklan

Rakaman tersebut mendapat kecaman daripada netizen kerana ia boleh membahayakan kanak-kanak berkenaan. - Awani