Pemandu mengantuk kerana ubat sakit jantung, bas rempuh penghadang jalan

Iklan
Perkongsian di media sosial oleh pengguna laluan berkenaan menunjukkan bas tersebut terbabas di KM 328.3 Lebuhraya PLUS arah utara.

TAPAH – [DIKEMAS KINI] Sebuah bas yang dalam perjalanan dari Kajang ke Kulim terbabas sebelum tersangkut di atas pembahagi jalan di Kilometer (KM) 328.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, bas berkenaan yang tidak membawa penumpang dipercayai hilang kawalan ketika berada di laluan kanan lebuh raya.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, siasatan awal mendapati bas terbabit kemudiannya naik ke atas besi pembahagi lorong antara laluan utara dan selatan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu bas tidak mengalami kecederaan namun dibawa ke Hospital Tapah untuk rawatan susulan selepas pemeriksaan mendapati dia berada di bawah pengaruh ubat jantung yang boleh menyebabkan mengantuk.

Iklan

Abdul Malik berkata, bas berkenaan mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan bawah kenderaan selain tersangkut di atas pembahagi jalan lebuh raya.

Katanya, kes berkenaan diklasifikasikan di bawah Peraturan 10, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Iklan

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Tapah di talian 05-401 1222 atau Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Inspektor Muhammad Najmuddin Zulkarnain di talian 017-325 6140.

Dalam pada itu kemalangan terbabit menyebabkan laluan berkenaan mengalami kesesakan sejauh 11 kilometer sebelum lancar kembali selepas bas berkenaan dialihkan.