SHAH ALAM - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek tampil menerangkan usaha yang dilaksanakannya bagi mengurangkan beban tugas guru.
Fadhlina berkata, salah satu perkara yang beliau lakukan adalah memansuhkan pertandingan seperti tandas tercantik, laman tercantik, bilik terbaik dan program-program lain yang tidak memberi impak langsung kepada pembelajaran.
Iklan
Iklan
"Fadhlina buat apa, ingat lagi tujuh langkah awal untuk mengurangkan beban guru yang kita umumkan? Ini salah satunya.
Tambah Fadhlina, pemansuhan itu dibuat kerana beliau tahu di belakang satu pertandingan bukan sekadar hias-hias.
Jelasnya, sudah pasti ada mesyuarat, persiapan, dokumentasi dan laporan.
"Di situ ada masa dan tenaga guru yang terpaksa digunakan.
"Sebab itu kita mula buang satu demi satu program yang tidak perlu supaya guru boleh kembali memberi tumpuan kepada perkara paling penting iaitu mengajar dan mendidik anak-anak kita," ujarnya.