Jual sup tenggiling RM1,000 semangkuk dalam kebun sawit

Iklan
Antara bahagian hidupan liar yang dirampas Perhilitan dalam serbuan sebuah restoran di kawasan ladang kelapa sawit di Banting 13 Ogos lalu.

BANTING - Tenggiling sup halia berharga kira-kira RM1,000 semangkuk antara menu khas disaji sebuah restoran yang beroperasi secara haram dan tersorok dalam ladang kelapa sawit di sini.

Bagaimanapun, kegiatan premis itu berjaya dikesan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi serbuan pada 13 Ogos lalu.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, Operasi Bersepadu Khazanah kira-kira jam 4 petang itu menemui pelbagai hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang disyaki disimpan secara beku dianggarkan bernilai RM17,050.

Abdul Kadir

Iklan

Menurutnya, sitaan antaranya disyaki bahagian tenggiling, bahagian kluang, katak demam, bahagian musang dan bahagian labi-labi

"Seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun disyaki pemilik restoran ditahan.

Iklan

"Soal siasat suspek mendakwa restoran tersebut telah beroperasi sejak tahun 2018 dengan lokasi restoran agak tersorok di dalam kebun kelapa sawit," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata, siasatan mendapati hidupan liar dipercayai diperolehi daripada pembekal daging hidupan liar di kalangan pekerja kebun dan kawasan perkampungan dari sekitar Banting dan daerah berdekatan dalam Selangor.

Katanya, bagi spesies Kluang, ia dipercayai dihantar oleh pembekal dari Melaka.

"Menu hidupan liar ditawarkan kepada pelanggan tetap dan seterusnya diperkenalkan kepada pelanggan baharu oleh pelanggan-pelanggan lama.

"Bagi menu khas Tenggiling sup halia, pemilik restoran turut menghidangkan menu tersebut kepada pengunjung daripada China dengan harga sekitar RM1,000 semangkuk," katanya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].