PN tidak terkejut Bersatu cari rakan gabungan baharu

Iklan
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan b

KOTA BHARU - Perikatan Nasional (PN) tidak terkejut dengan tindakan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencari rakan gabungan baharu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, hal ini kerana PN sudah mendengar perkara tersebut sama ada secara langsung atau sebaliknya.

Iklan
Iklan

"Ini bukan benda baharu, kita ada dengar secara langsung dan tidak langsung. Apabila Setiausaha Agung Bersatu dalam Persidangan DUN mengatakan parti mereka dan kerajaan negeri Selangor akan menjadi teman mereka, dari segi politik itu adalah jelas.

"Kalau berlaku pun tidak memeranjatkan kerana dalam PRN Negeri Sembilan pun mereka menggunakan logo parti sendiri dan meletakkan calon menentang calon PN," katanya kepada pemberita pada Rabu.

Iklan

Media sebelum itu melaporkan, Bersatu sedang mencari rakan gabungan untuk menghadapi PRN Melaka kerana tidak mahu bertanding solo.

Sumber kepimpinan Bersatu menyatakan sehingga kini parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sudah memulakan rundingan dengan beberapa parti lain untuk bergerak bersama pada PRN Melaka.

Iklan

Menurut Takiyuddin, tindakan itu secara teknikal dilihat bahawa Bersatu tidak berhasrat untuk berada dalam PN.

"Amat pelik sekiranya PRN akan datang mereka mahu menggunakan logo PN," ujarnya.