Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

Iklan
Anggota bomba dan penyelamat menjalankan operasi mencari empat remaja lelaki yang dikhuatiri lemas menggunakan teknik pencarian permukaan air di perairan Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, di sini hari ini. Empat remaja berusia 16 tahun itu dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai berkenaan pagi ini. Foto Bernama

KOTA TINGGI – [DIKEMAS KINI] Empat remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar di sini pada Rabu.

Dua lagi bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba di lokasi tiba.

Iklan
Iklan

Dua remaja yang diselamatkan orang awam. Foto JBPM Johor

ARTIKEL BERKAITAN: Alif Taqiudin ditemukan lemas, tiga lagi rakan masih hilang

Iklan

Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi'

Iklan

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar, Pegawai Bomba Kanan I Muhammad Adib Tarmuzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.19 pagi.

Ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika menunggu perkembangan operasi mencari empat remaja lelaki berusia 16 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini. Foto Bernama.

Ahli keluarga setia menunggu perkembangan operasi mencari empat remaja lelaki berusia 16 tahun dan dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di Pantai Tanjung Lompat, Tanjung Balau, Penawar, pagi ini. Foto Bernama

"Maklumat lanjut termasuk keadaan kesemua mangsa masih dalam proses pengesahan," ujarnya dalam kenyataan.

Dalam kejadian pagi Rabu, empat remaja lelaki berusia 16 tahun iaitu Alif Taqiuddin Kamal Hasrul, Mohamad Haiman Fitri Supian, Muhammad Adib Hafiy Kamal dan Muhammad Thaqif Rayyan Rumainoor dikhuatiri lemas selepas mandi-manda ketika berkelah di Pantai Tanjung Lompat.

Dua lagi rakan mereka, Mohamad Faqrul Isqandar Abdullah dan Muhammad Afiq Ruzaini Mazlan, 16, bagaimanapun berjaya diselamatkan orang awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat remaja dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai

Alif Taqiudin ditemukan lemas, tiga lagi rakan masih hilang

Empat remaja lemas: 'Kami tak tahu adik pergi berkhemah di pantai’

Empat remaja lemas: 'Rakan-rakan cuba selamatkan Thaqif, tak sangka bertukar tragedi'