PUTRAJAYA - Seorang bekas menteri tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi prosiding permohonan tahanan reman.
Beliau yang memakai baju jingga dan bergari tiba jam 10.25 pagi Rabu diiringi pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum dibawa masuk ke mahkamah majistret.
Terdahulu, individu berkenaan ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Tabung Haji.
ARTIKEL BERKAITAN: RCI TH: Kabinet setuju siasatan penuh serta-merta
Pasukan khas ditubuh laksana syor RCI, pinda Akta TH - Zulkifli
[VIDEO] 'Tiada aset TH dijual kepada golongan bukan Islam atau China' - Menteri Agama
Penahanan dibuat jam 4.30 petang Selasa untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.
Beliau disiasat mengikut Seksyen16(a)(A) Akta SPRM 2009.
ARTIKEL BERKAITAN: Lima kali BNM beri amaran kepada TH, bimbang kesan bayaran agihan untung tinggi - Dr Zulkifli
Pendeposit TH tidak perlu bimbang, urusan zakat dilaksana ikut syarak - Dr Zulkifli
Parlimen bukan tempat penerangan sehala, RCI Tabung Haji perlu dibahas - PN