Tiga kawasan di Sarawak catat IPU tahap berbahaya setakat jam 8 pagi
Iklan
Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan IPU pada tahap berbahaya setakat jam 8 pagi, hari ini. Foto fail Bernama
KUALA LUMPUR - Tiga kawasan di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat jam 8 pagi ini, dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 320.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), dua lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tahap berbahaya ialah Kuching (318) dan Samarahan (302).
Iklan
Iklan
Sementara itu, lima kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sibu (292), Sarikei (283), Mukah (241), Bintulu (226) dan Sri Aman (214).
Sebanyak 16 stesen pula merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat dengan Samalaju, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi, iaitu 196, diikuti Kapit, Sarawak (187), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (185), ILP Miri, Sarawak (183) dan Labuan (181).
Iklan
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Miri, Sarawak (181), Kota Kinabalu, Sabah (179), Kimanis, Sabah (175), Keningau, Sabah (173), Limbang, Sarawak (173), Johan Setia, Selangor (161), Sandakan, Sabah (152), Putrajaya (148), Nilai, Negeri Sembilan (137), Tawau, Sabah (123) dan Seremban, Negeri Sembilan (116).
Sementara itu, sebanyak 44 stesen merekodkan bacaan pada tahap sederhana manakala tiada stesen mencatatkan bacaan pada tahap baik.
Iklan
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>