Perselisihan faham cetus pergaduhan sekumpulan lelaki di luar kelab malam

Iklan
Tangkap layar rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah kelab malam di sini.

KUALA LUMPUR – Perselisihan faham antara beberapa individu dipercayai menjadi punca pergaduhan di luar sebuah kelab malam di Pudu di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 38 saat yang memaparkan kejadian pergaduhan dan rusuhan membabitkan sekumpulan lelaki pada Ahad.

Iklan
Iklan

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada perselisihan faham antara beberapa individu sebelum keadaan berlarutan sehingga mencetuskan pergaduhan besar di luar premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Annas berkata, bertindak atas maklumat yang diterima, polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 19 hingga 30 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut.

Iklan

“Polis turut menyita sebuah kereta Perodua Myvi berwarna hitam yang disyaki digunakan ketika kejadian,” katanya.

Tangkap layar rakaman video tular memaparkan sekumpulan lelaki bergaduh di hadapan sebuah kelab malam di sini.

Iklan

Menurut beliau, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah kekerasan dan dadah.

“Kesemua suspek direman selama lima hari bermula Isnin hingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307, Seksyen 148 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya.

Annas berkata, polis masih mempergiat usaha mengesan suspek lain yang dipercayai masih bebas.

“Orang awam dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau provokasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor V. Jeychandran di talian 03-9289 9222 atau 010-214 6297, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.