KUALA LUMPUR - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang melalui proses peralihan daripada MyKad struktur sedia ada kepada MyKad Generasi Baharu, yang dijangka menyebabkan gangguan sementara terhadap urusan cetakan MyKad di seluruh negara.
JPN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan gangguan sementara urusan cetakan MyKad itu dijangka bermula hari ini hingga 7 September.
Iklan
Iklan
Sehubungan dengan itu, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad supaya menangguhkan sementara urusan berkenaan sepanjang tempoh berkenaan.
Pada masa yang sama, JPN menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang proses peralihan struktur kad pengenalan berkenaan serta memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul.
Perkembangan selanjutnya mengenai MyKad Generasi Baharu boleh didapati menerusi saluran rasmi JPN dari semasa ke semasa. - Bernama