Jerebu: Empat kawasan di Sarawak catat IPU tahap bahaya - APIMS
Iklan
Matahari kelihatan suram diselubungi jerebu tebal menerusi satu pemandangan yang dirakamkan di Jalan Serian-Tebedu. - FOTO: Bernama
KUALA LUMPUR - Empat kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap berbahaya setakat jam 4 petang pada Isnin dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian merekodkan bacaan tertinggi iaitu 445.
Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) tiga lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU pada tahap berbahaya ialah Kuching (366), Samarahan (350) dan Sri Aman (334).
Iklan
Iklan
Tiga kawasan lain di Sarawak pula mencatatkan bacaan pada tahap sangat tidak sihat, iaitu Sarikei (277), Sibu (243) dan Mukah (216).
Sebanyak 15 kawasan mencatatkan bacaan IPU tidak sihat dengan Samalaju di Sarawak merekodkan bacaan tertinggi iaitu 197, diikuti Bintulu (178), Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dan Miri masing-masing 174 serta Kapit (166).
Iklan
Turut mencatatkan bacaan tidak sihat ialah Labuan (165), Limbang, Sarawak (161) dan Sungai Petani, Kedah (155), manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai (154), Seberang Jaya (153) dan Minden (152).
Di Sabah, Tawau dan Kota Kinabalu masing-masing merekodkan bacaan 152 dan 151, manakala Politeknik Kota Kinabalu (121) serta Kimanis (116).
Iklan
Sementara itu, 42 kawasan di seluruh negara dilaporkan berada pada tahap sederhana dan tiga kawasan mencatatkan bacaan baik setakat jam 4 petang pada Isnin. 
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>