Banjir Nepal: Kathmandu berdepan masalah bekalan gas memasak

Iklan
Orang ramai beratur untuk mendapatkan tong gas memasak berikutan banjir teruk di Rasuwa. - FOTO: Kathmandu Post

KATHMANDU - Barisan panjang penduduk kelihatan di Kathmandu, Nepal pada Isnin ketika orang ramai beratur untuk mendapatkan tong gas petroleum cecair (LPG) berikutan banjir teruk di Rasuwa yang memburukkan lagi gangguan pengagihan gas memasak, lapor Anadolu Ajansi.

Keadaan itu memburukkan lagi kekurangan bekalan sedia ada serta tempoh menunggu yang lama selepas banjir kilat yang memusnahkan kawasan berhampiran sempadan Nepal-China merosakkan infrastruktur dan menghanyutkan tong LPG, sekali gus memaksa penduduk tempatan meredah air banjir untuk menyelamatkan tong yang terapung.

Iklan
Iklan

Banjir berkenaan turut merosakkan laluan pengangkutan dan logistik bekalan, sekali gus mewujudkan halangan tambahan untuk menghantar barang keperluan.

Bencana itu berlaku pada 26 Ogos apabila glasier di Gunung Langtang Lirung Nepal retak pada ketinggian kira-kira 5,200 meter, mencetuskan runtuhan ais dan batuan yang bertukar menjadi aliran sisa runtuhan besar-besaran lalu melanda kawasan lembah di sepanjang sempadan.

Iklan

Limpahan air dengan arus yang kuat bersama kejadian tanah runtuh memusnahkan Rasuwa, Nuwakot, Dhading, Kavre dan Lembah Kathmandu di Nepal, selain menimbus kawasan sempadan Gyirong di sebelah China. - Bernama

 

Iklan