Rokok, dadah lebih RM100 juta dirampas dalam tempoh tujuh bulan

Iklan
Maritim Malaysia turut mematahkan kegiatan penyeludupan PATI.

SHAH ALAM - Rampasan dadah dan rokok bernilai RM111.73 juta direkodkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam tempoh tujuh bulan pada tahun ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, statistik hingga Julai itu melaksanakan 125,387 pemeriksaan.

Iklan
Iklan

"Bagi kes penyeludupan rokok pula, 164 kes dicatatkan dengan nilai rampasan RM25.66 juta," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Tambah beliau, selain itu, Maritim Malaysia turut mematahkan kegiatan penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan tangkapan 885 migran.

Iklan

Mohd Rosli

Beliau berkata, Maritim Malaysia serius melaksanakan pengawasan perairan dalam membanteras jenayah rentas sempadan terutamanya melibatkan aktiviti pengedaran dadah.

Iklan

"Kita tidak akan berkompromi dengan setiap cubaan mengedar dadah di Zon Maritim Malaysia dan akan memastikan setiap individu atau sindiket yang terlibat diambil tindakan undang-undang yang sewajarnya.

"Pihak agensi juga akan terus bekerjasama dengan pasukan keselamatan lain untuk memburu dan mengheret ke muka pengadilan semua dalang di sebalik sindiket ini. Keamanan perairan negara merupakan keutamaan kami (Maritim Malaysia)," ujarnya.