Bekas PM Israel dakwa anak tidak dilayan penjual aiskrim di Crotia

Iklan
Naftali Bennett. FOTO: Roya News

ZAGREB - Bekas Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett mendakwa anak perempuannya tidak dilayan oleh seorang penjual asi krim di Crotia hanya kerana mereka berasal dari Israel

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku ketika beliau menemani anak perempuannya membeli aiskrim ketika berada di negara itu sebelum penjual terbabit dipercayai bertanyakan sama ada mereka warga Israel.

Iklan
Iklan

Selepas anak perempuannya menjawab 'ya' beliau mendakwa, penjual itu mengambil semula aiskrim yang telah disediakan sambil berkata:"Tiada aiskrim untuk warga Israel."

Bennett turut mendakwa penjual berkenaan kemudian menghancurkan aiskrim tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah sebelum mengarahkan anak perempuannya meninggalkan premis itu.

Iklan

Beliau menyifatkan insiden berkenaan sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap warga Israel ketika berada di luar negara.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian di Croatia atau sama ada penjual terbabit mahupun pihak berkuasa tempatan telah memberikan maklum balas berhubung dakwaan tersebut. - Agensi

Iklan