Teruskan doa untuk 55 rakyat Malaysia di Nepal

Iklan
Pandangan udara menunjukkan rumah-rumah yang ditenggelami lumpur susulan banjir kilat di kawasan pertemuan Sungai Trishuli dan Sungai Tadi di daerah Nuwakot, Nepal. Foto: AFP

PERKEMBANGAN dua rakyat Malaysia yang berjaya dikesan selepas dilapor gagal dihubungi susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal sedikit sebanyak melegakan, namun perhatian kini tertumpu kepada 55 lagi yang masih belum dapat dihubungi.

Dalam keadaan sedemikian, pastinya keluarga dan insan tersayang di Malaysia terus menanti dengan penuh debar sambil mengharapkan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan

Situasi bencana yang berlaku di Nepal turut menjadi antara faktor menyukarkan usaha mendapatkan maklumat terkini mengenai keberadaan rakyat Malaysia terbabit.

Limpahan Sungai Bote Koshi pada 26 Ogos dilapor menyebabkan kerosakan jalan raya dan jambatan selain menjejaskan bekalan elektrik serta rangkaian komunikasi.

Iklan

Keadaan itu secara tidak langsung menyukarkan hubungan dengan mereka yang berada di kawasan terjejas, sekali gus menyebabkan proses mendapatkan pengesahan status mengambil masa.

Oleh itu, 55 individu yang masih belum dapat dihubungi tidak seharusnya ditafsirkan sebagai mereka dalam keadaan bahaya.

Iklan

Sebaliknya, proses pengesahan perlu dilakukan dengan teliti bagi memastikan maklumat yang diterima adalah tepat, khususnya ketika keadaan di lapangan masih belum pulih sepenuhnya.

Dalam situasi ini, usaha Kementerian Luar bersama pihak berkuasa Nepal dan agensi berkaitan amat penting bagi mendapatkan perkembangan terkini serta memastikan kebajikan rakyat Malaysia terbabit terus diberi perhatian.

Pada masa sama, perkembangan dua individu sudah berjaya dikesan boleh menjadi sedikit sinar harapan kepada keluarga lain yang masih menunggu khabar.

Apa yang pastinya diharapkan, usaha mengesan baki 55 rakyat Malaysia itu dipermudah dan mereka juga dapat ditemukan dalam keadaan selamat.

Bagi keluarga yang sedang menanti, setiap perkembangan pastinya amat bermakna.

Semoga penantian itu akhirnya membawa khabar yang melegakan dan kesemua mereka dapat kembali bersama keluarga masing-masing.