Lelaki maut diserang, dipijak gajah
Iklan
Penemuan satu mayat dan sebuah kereta Nissan Shlpy di Kilometer 51 Jalan Jemaluang-Kahang di sini hari ini. -FOTO: IHSAN PEMBACA
MERSING - Seorang lelaki maut dipercayai diserang sebelum dipijak gajah liar dalam kejadian di Kilometer 51 Jalan Jemaluang-Kahang di sini hari ini.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, lelaki berusia 52 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam keadaan parah pada bahagian badan.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing berkata, mangsa ditemui orang awam terbaring berhampiran sebuah kereta Nissan Sylphy di tepi jalan.
"Siasatan awal mendapati mangsa yang bekerja sebagai jurujual berasal dari Selangor yang dikenal pasti oleh waris.
Iklan
"Mangsa mengalami kecederaan parah di dada dan rusuk serta meninggal dunia di lokasi kejadian disyaki akibat serangan gajah liar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Cyril Edward berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.
Iklan
Katanya, siasatan awal tidak menemukan sebarang perbuatan jenayah kerana barang berharga dan peribadi mangsa tidak hilang.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk keberadaan mangsa di lokasi kejadian,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Air pasang besar dijangka cecah 3.6 meter, penduduk pesisir pantai waspada risiko banjir"><meta itemprop="description" content="Penduduk di beberapa kawasan pesisir pantai di Pontian mengambil langkah berjaga-jaga susulan fenomena air pasang besar yang dijangka menyebabkan paras air meningkat hingga 3.6 meter, sekali gus menambah risiko limpahan air.
Tinjauan di sekitar Pekan Kukup bagaimanapun mendapati aktiviti harian mereka berjalan seperti biasa meskipun fenomena air pasang besar melanda kawasan berkenaan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806094/edisi/johor/air-pasang-besar-dijangka-cecah-3-6-meter-penduduk-pesisir-pantai-waspada-risiko-banjir
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Airpasangbesar"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-25T08:21:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/hE5hw1h1fgF1YtQtu/x1080"><meta itemprop="duration" content="P89S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbzpp8a"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbzpp8a"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbzpp8a"></script>