‘Salurkan terus kepada rakyat’ – Fadhli sindir kerajaan PH isu peruntukan ADUN pembangkang Negeri Sembilan

Iklan

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) berhubung isu peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu berkata, sekiranya penubuhan kerajaan Negeri Sembilan tiada kaitan dengan semangat kerajaan peringkat Persekutuan, kerajaan negeri wajar mempertimbangkan supaya tidak menyalurkan sebarang peruntukan kepada ADUN pembangkang.

Iklan
Iklan

"Salurkan terus kepada rakyat sebagaimana amalan (kerajaan) Madani di Pusat. Ok ke begitu?

"Penyokong-penyokong PH tentu akan beri sokongan padu terhadap cadangan ini," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, seramai 17 ADUN PH dan dua penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan Negeri Sembilan terdahulu dikehendaki memulangkan semula peruntukan yang diterima bagi tempoh Julai hingga September susulan pembubaran DUN pada 5 Jun lalu.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada Rabu selepas isu peruntukan berkenaan dibangkitkan dalam sidang khas DUN sebelum ini.

Iklan

Ismail turut memaklumkan, jumlah yang perlu dipulangkan berbeza mengikut baki peruntukan setiap kawasan, dengan ada ADUN yang mungkin perlu memulangkan keseluruhan jumlah dan ada yang kurang.

Rentetan itu, hanya bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dilapor telah memulangkan keseluruhan peruntukan diterima.