BEIJING - Operasi menyelamat berhampiran pusat pemeriksaan Gyirong di Wilayah Tibet, China, dihentikan sementara susulan ancaman berlakunya kejadian empangan pecah, menurut China Central Television pada Jumaat, seperti yang dilaporkan oleh Sputnik/RIA Novosti.
Sebuah tasik empangan telah terbentuk di pertemuan dua batang sungai berhampiran pusat pemeriksaan Gyirong dan saiznya terus membesar, menurut laporan itu.
Serpihan aliran lumpur kelihatan di kedua-dua belah empangan tersebut dan anggaran awal menunjukkan tasik itu mengandungi sekurang-kurangnya 2.5 juta meter padu air.
Terdapat risiko tinggi bahawa empangan itu akan pecah akibat aliran lumpur tersebut, yang berpotensi mengakibatkan bencana lebih buruk di kawasan hilir, menurut laporan tersebut.
Aliran air deras melanda Sungai Bhotekoshi di kawasan pergunungan Nepal pada Rabu.
Banjir itu dilaporkan berpunca daripada runtuhan glasier dan aliran puing.
Angka kematian akibat banjir dahsyat itu telah meningkat kepada 475 orang, manakala ratusan lagi masih hilang sementara pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan mangsa yang terselamat serta mengeluarkan mayat. - Bernama
-