Dua rakan didakwa bunuh lelaki warga Indonesia

Iklan
Kedua-dua tertuduh bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas dikenali sebagai Kutek didakwa membunuh lelaki warga Indonesia di Kampung Baru Telok Gong, 6 Ogos lepas. Gambar hiasan

KLANG - Dua rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Indonesia, awal bulan ini.

Muhd Asnawi Ghazali, 37, dan Musa Ramli, 25, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh kerana kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka bersama seorang lagi lelaki yang masih bebas dikenali sebagai Kutek didakwa membunuh Suherman, 47, di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru Telok Gong di sini, kira-kira 6.30 pagi, 6 Ogos lepas.

Iklan

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Uzzair Rosman manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah menetapkan 27 November ini untuk sebutan semula kes. - Bernama