10,000 keluarga kehilangan rumah dalam bencana di Nepal - Palang Merah

Iklan
Penduduk tempatan berjalan melintasi rumah yang ditenggelami lumpur akibat banjir berhampiran Devighat, Perbandaran Bidur, di daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP

LONDON - Sekurang-kurangnya 10,000 keluarga kehilangan tempat tinggal akibat banjir kilat dahsyat di Nepal, menurut kenyataan Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC) pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik laporan media.

"Situasinya sangat dahsyat," kata jurucakap IFRC Tommaso Della Longa kepada CNN.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, sekurang-kurangnya 10,000 keluarga dianggarkan kehilangan tempat tinggal sementara usaha untuk menghulurkan bantuan kepada mereka amat sukar kerana jalan raya dan jambatan musnah, sistem komunikasi terputus dan sesetengah kawasan hanya boleh diakses menggunakan helikopter.

Penduduk tempatan memeriksa rumah yang ditenggelami lumpur selepas banjir melanda Devighat, Perbandaran Bidur, di daerah Nuwakot, Nepal. Foto AFP

Iklan

Bercakap kepada BBC, David Fisher, ketua delegasi IFRC di Nepal berkata, seluruh kampung dan kawasan pasar lenyap akibat banjir kilat itu.

Berdasarkan imej satelit, banjir tersebut berkemungkinan berpunca daripada runtuhan ketulan ais besar daripada glasier Himalaya, kira-kira 20 kilometer di timur laut lintasan sempadan Rasuwa-Rasuwagadhi.

Iklan

Runtuhan itu menyebabkan sejumlah besar ais dan batu jatuh ke dalam Sungai Bhotekoshi di bahagian bawah. Bernama-Anadolu