Dari kebun tumbuh cinta al-Quran
Iklan
Selain pembelajaran al-Quran, turut diadakan sesi tadabbur. Gambar kecil: Muhammad Amrun
SHAH ALAM – Berhasrat mendekatkan masyarakat dengan al-Quran dalam suasana lebih santai dan dekat dengan alam, Laman Ngaji Kebun Puisi tampil sebagai ruang pembelajaran al-Quran yang bukan sekadar menekankan kemahiran membaca, malah memahami dan menghayati kandungannya.
Pengasas Laman Ngaji Kebun Puisi, Muhammad Amrun Ruzali berkata, konsep itu kesinambungan daripada Rumah Ngaji, iaitu platform pendidikan al-Quran yang terbuka kepada masyarakat, khususnya mereka yang mahu belajar membaca kalam ALLAH bermula pada peringkat asas.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tempat tersebut dinamakan Laman Ngaji bagi menghidupkan budaya al-Quran dalam suasana kebun yang dekat dengan alam dan kehidupan seharian.
“Bagi kami, kebun bukan sekadar tempat menanam pokok dan menikmati kehijauan, tetapi ia boleh menjadi ruang untuk menyemai benih ilmu, iman dan akhlak.
Iklan
“Di kebun, anak-anak dan masyarakat bukan sahaja belajar mengenal huruf dan membaca al-Quran, tetapi turut diberi ruang untuk memahami, menghayati dan merenung mesej yang terkandung di dalamnya,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan, suasana alam yang tenang membantu menjadikan sesi pembelajaran al-Quran lebih santai, dekat dengan kehidupan serta mudah dihayati oleh peserta.
Iklan
Justeru, ujarnya, Laman Ngaji menawarkan kelas pengajian al-Quran secara percuma kepada masyarakat dengan sokongan dan tajaan komuniti setempat.
“Sokongan ini juga merangkumi penyediaan tempat dan persiapan Rumah Ngaji, guru, utiliti, kit pengajar serta buku pelajar, khususnya bagi kawasan yang memerlukan,” ujarnya.
Sementara itu, Muhammad Amrun berkata, program Quran Hour yang dilaksanakan turut membawa mesej lebih besar daripada sekadar memperuntukkan masa untuk membaca al-Quran.
Menurutnya, program berkenaan menjadi wadah untuk mengajak masyarakat berhenti seketika daripada kesibukan dunia dan kembali mendekatkan diri kepada al-Quran.
“Harapannya, daripada sebuah kebun yang kecil ini akan tumbuh satu budaya yang besar, iaitu budaya membaca al-Quran, memahami maknanya, menghayatinya dan menjadikan ajarannya sebagai panduan dalam kehidupan.
“Kita bukan sekadar mahu anak-anak dan masyarakat pandai membaca al-Quran. Kita mahu mereka hidup bersama al-Quran,” katanya.
Program Malaysia #QuranHour peringkat negeri Perak yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat pada Khamis berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta daripada seluruh jaringan Rumah Ngaji di negeri ini.
Program anjuran bersama Rumah Ngaji Perak dan Rumah Ngaji Masjid Al Hidayah itu menampilkan pengisian tadabbur al-Quran yang disampaikan Pensyarah Kanan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Mohd Shafiq Sahimi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793725/khas/quranhour/malaysia-quranhour-2026-himpun-500-peserta-rumah-ngaji-perak
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.