HYDERABAD - Polis Nepal pada Khamis mengeluarkan senarai nama individu yang hilang dalam bencana banjir di negara itu, termasuk warga asing.
Senarai tidak lengkap yang disiarkan di laman Facebook Polis Nepal setakat 1 tengah hari waktu tempatan memaparkan nama lapan wanita dan 15 lelaki dari Malaysia yang dilaporkan hilang.
Senarai itu antara lain mengandungi nama, tarikh lahir dan negara asal mereka.
Nama yang disenaraikan ialah:
1. Mohd Fakhrul Munir Bin Mohd Isa, 44
2. Mangala Vanan Krishnasamy, 50
3. Malani M Vellu, 49
4. Lingam Samykanoo, 49
5. Letchumy Sinnappan, 47
6. Krishnan Vadivelu, 74
7. Komathi Rethinam, 48
8. Kirubanithi Alagappan, 38
9. Karunanithi Sundram, 65
10. Kannan Kerisna, 51
11. Kalaiselvi P Narayanasamy, 65
12. Kalai Mathe Karuppaiah, 57
13. Jason Ngeow, 56
14. Inthumathy Subramaniam, 54
15. Gunavathy Muthusamy, 60
16. Gunanesan Vellaisamy, 58
17. Eswary Maniraj, 35
18. Brabaakaran Krishnan, 47
19. Balasingam Kesavan, 71
20. Azman Bin Karim, 60
21. Arunasalam Karuppiah, 70
22. Appannah A Muthaloo, 56
23. A Ganesan Anandan, 52
Terdahulu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jumlah rakyat Malaysia yang masih hilang susulan banjir yang membawa kemusnahan besar di Nepal masih belum disahkan oleh pihak berkuasa negara itu.
Sementara itu, Polis Nepal turut menyediakan senarai dan gambar mayat mangsa yang belum dikenal pasti dalam bencana itu bagi membantu ahli keluarga membuat pengecaman. Senarai dan gambar berkenaan boleh diakses dengan mengimbas kod QR yang terdapat di laman Facebook Polis Nepal. - Bernama
BERITA BERKAITAN: Banjir Nepal: Angka kematian meningkat 160 orang, lebih 680 masih hilang
Banjir Nepal: Lebih 50 rakyat Malaysia gagal dihubungi
95 maut, 484 hilang susulan banjir di utara Nepal
17 rakyat Malaysia antara ratusan hilang susulan banjir kilat di Nepal
Lebih 380 pelancong termasuk 291 warga asing hilang selepas banjir di Nepal
11 rakyat Malaysia tidak dapat dihubungi susulan banjir di Nepal - Wisma Putra
Banjir Nepal: 'Doakan 9 pendaki Malaysia, mereka gagal dihubungi'
Banjir Nepal: ATM sedia digerakkan bagi misi kemanusiaan - Mohamed Khaled
Banjir Nepal: Angka rakyat Malaysia gagal dihubungi meningkat kepada 55 orang
Banjir Nepal: PM zahir dukacita, kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia