Pegawai penyiasat digantung tugas, didakwa salah laku dengan isteri OKT

Iklan
Mohd Khalid semasa sidang akhbar pada Rabu.

RANTAU PANJANG - Pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai yang dikaitkan dengan dakwaan salah laku dengan seorang isteri orang kena tahan (OKT) bersabit dadah, digantung tugas sementara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, ia bagi membolehkan siasatan dijalankan dengan telus dan sempurna selepas pihaknya menerima aduan berhubung salah laku pegawai berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawai yang melakukan perkara bertentangan dengan undang-undang.

"Kita dah ambil tindakan supaya gantung sementara penugasan beliau (pegawai penyiasat) sehingga siasatan dapat dijalankan dengan baik dan sempurna.

Iklan

"Kita telah mengambil tindakan dengan melakukan siasatan dan beberapa tindakan untuk mengambil kenyataan mereka yang berkaitan telah pun dibuat," katanya semasa sidang akhbar pada Rabu.

Sebelum itu, beliau mengadakan tinjauan di sempadan berhampiran pangkalan haram Lubok Gong di sini yang turut dihadiri oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Iklan

Terdahulu tular di media sosial seorang pegawai penyiasat yang bertugas di Kuala Krai didakwa melakukan salah laku dengan seorang isteri orang kena tahan (OKT) berkaitan dadah, sehingga mencetuskan kemarahan penduduk serta warganet.

Ujar beliau, pihak pengadu juga sedang dikenal pasti dan kini dalam usaha mendapatkan keterangan individu terbabit bagi melengkapkan siasatan.

Jelasnya, individu berkenaan yang merupakan menantu pengadu bukan berasal dari Kelantan tetapi dari Negeri Sembilan.

"Kita sedang berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada dia," katanya.