Bedah siasat kesan lelaki maut akibat parah terkena objek tumpul

Iklan
Adzli

KULIM - Lelaki yang ditemui mati di ladang kelapa sawit dekat Sungai Division, Sungai Petani pada Ahad dikesan mengalami kecederaan pada bahagian belakang kepala disyaki berpunca dari objek tumpul.

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar pada Isnin membolehkan polis mengklasifikasikan kes sebagai kejadian bunuh.

Iklan
Iklan

"Mayat ini satu lelaki 30-an, tanpa identiti, dijumpai dalam keadaan tanpa pakaian, pada mulanya tidak ada kecederaan fizikal, tak ada kesan tetak, darah, semua tak ada, kita buka kes mati mengejut.

"Hari berikutnya, hasil bedah siasat dilakukan mendapati kesan kecederaan pada belakang kepala, iaitu blunt force trauma due to kecederaan oleh pukulan objek tumpul jadi ekoran kecederaan ni kita rumuskan sebagai satu kejadian bunuh," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini pada Rabu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat seorang lelaki berusia lingkungan 30-an ditemukan maut di Kampung Sungai Division di sini pada Ahad.

Iklan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan mayat terbabit pada jam kira-kira 6.55 petang.

Adzli berkata, motif kejadian berpunca dipercayai dari pergaduhan di mana di mati dikatakan mencuri barang milik salah seorang rakan.

"Polis kemudian menahan empat lelaki tempatan berusia 26 hingga 37 tahun yang mempunyai rekod kesalahan lampu jenayah dan dadah.

"Setakat ini, identiti masih belum dapat dikenal pasti namun satu keluarga tampil...kita masih menyemak dan membuat pengesahan sebelum membenarkan pengurusan jenazah dilakukan," katanya.

Jelasnya, kesemua tangkapan direman tujuh hari sehingga 31 Ogos ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.