Insiden taman tema: Kerajaan negeri tunggu laporan teknikal, siasatan polis - Amirudin

Iklan
Amirudin bercakap kepada media selepas hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Haji Muassasah 1447H/2026M DUN Dengkil di Dewan Komuniti Putra Perdana, Rabu. Foto Bernama

SEPANG - Pihak kerajaan negeri Selangor masih menunggu laporan teknikal berhubung insiden membabitkan permainan roller coaster di Taman Tema Sunway Lagoon pada Sabtu dan mengakibatkan 10 pengunjung cedera.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya sedang menunggu laporan teknikal daripada pihak polis selain akan menjalankan siasatan menyeluruh mengenai insiden terbabit.

Iklan
Iklan

"Saya sedang menunggu laporan teknikal daripada pihak polis yang membuat siasatan menyeluruh terhadap insiden terbabit kerana polis telah mengambil alih tugas tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Haji Muassasah 2026 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil di Dewan Komuniti Putra Perdana dekat sini pada Rabu.

Dalam kejadian yang berlaku pada kira-kira 9 malam pada 22 Ogos itu, permainan roller coaster terbabit dilaporkan membawa 22 penumpang terdiri daripada pengunjung tempatan dan pelancong asing.

Iklan

Insiden itu menyebabkan 10 pengunjung mengalami kecederaan dan telah mendapatkan rawatan di beberapa kemudahan perubatan di Subang Jaya dan kawasan sekitar, manakala tiada kematian dilaporkan. - Bernama

 

Iklan