KUALA TERENGGANU - Sebuah syarikat jualan kereta di sini kerugian RM452,000 selepas diperdaya sindiket penipuan melalui telefon atau phone scam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada Isnin lepas, kerani kewangan syarikat berkenaan menerima pesanan WhatsApp daripada suspek yang menyamar sebagai pemilik syarikat.