Nama Abdul Wahab Alwi dicadang diabadikan pada sebuah MRSM, kenang jasa 'Bapa MRSM’ - Asyraf Wajdi

Iklan
Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) dan Allahyarham Abdul Wahab Alwi

SHAH ALAM - Nama pengasas Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Allahyarham Abdul Wahab Alwi dicadangkan untuk diabadikan pada salah sebuah MRSM sebagai penghargaan terhadap jasa dan sumbangannya dalam membangunkan institusi pendidikan berkenaan.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, beliau akan mencadangkan perkara itu kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) supaya sebuah MRSM dinamakan sempena Allahyarham yang dikenali sebagai ‘Bapa MRSM’ itu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, Abdul Wahab mempunyai jasa besar kepada lebih 300,000 bekas pelajar MRSM yang mendapat manfaat daripada sistem pendidikan berkenaan.

"Saya akan mencadangkan kepada YAB Menteri KKDW agar menamakan salah sebuah MRSM atas nama pengasas dan pencetus idea MRSM Almarhum Abdul Wahab Alwi yang terlalu banyak jasanya kepada lebih 300,000 bekas pelajar MRSM," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Rabu.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA) menerusi Instagram.

ANSARA berkata, pemergian Abdul Wahab sebagai kehilangan seorang tokoh yang banyak berjasa dalam mencipta peluang serta membina laluan pendidikan untuk generasi demi generasi anak Malaysia.

Iklan

Allahyarham dikenang sebagai tokoh penting di sebalik penubuhan MRSM yang sehingga kini melahirkan ratusan ribu aalumni dan kini berbakti dalam pelbagai bidang termasuk kerajaan, keselamatan, perubatan, kejuruteraan, akademik, perniagaan, profesional dan masyarakat.