Pendakwah bebas terkenal tiba di mahkamah untuk pertuduhan seleweng dana NGO RM13 juta

Iklan
Pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu untuk berdepan pertuduhan menyeleweng dana NGO bernilai hampir RM13 juta.

SEREMBAN - Pendakwah bebas yang juga pempengaruh agama terkenal tiba di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu untuk berdepan pertuduhan menyeleweng dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bernilai hampir RM13 juta.

Selain pendakwah berusia 30-an yang juga pengerusi NGO berkenaan, seorang wanita yang juga setiausaha pertubuhan itu turut berdepan pertuduhan.

Iklan
Iklan

Mereka tiba di mahkamah sekitar jam 8.30 pagi bersama peguam.

Seorang wanita yang juga setiausaha NGO turut berdepan pertuduhan sama tiba di Mahkamah Sesyen Seremban pada Rabu.

Iklan

Media sebelum ini melaporkan pendakwah bebas terbabit yang turut dikenali sebagai pempengaruh agama di media sosial, terutama TikTok ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)Negeri Sembilan kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dan menyeleweng dana NGO terbabit.

Individu berkenaan dipercayai menyalahgunakan kedudukannya dan bersubahat dengan ahli jawatankuasa lain dengan memindahkan sejumlah wang ke akaun bank miliknya serta lapan akaun syarikat yang turut dimilikinya.

Iklan

Siasatan SPRM sebelum ini dijalankan bagi mengenal pasti aliran dana terbabit serta kemungkinan wujud salah guna kuasa dalam pengurusan kewangan NGO berkenaan.