Julang bangsa jangan sampai jadi cerita hikayat

Iklan
Menara gading pula bukan tempat untuk menghasilkan keyakinan tanpa semakan, sebaliknya medan ilmu yang menuntut penelitian, sanggahan dan pembuktian. Foto hiasan

MERAK Jalanan tertanya-tanya, sejak bila pula mahu mengangkat martabat bangsa bermakna kita perlu mengangkat segala dakwaan sehingga ke langit, walaupun penemuan buktinya belum tentu sahih?

Tidak salah mahu mengagungkan sesuatu bangsa. Malah, usaha mengangkat sejarah, tamadun dan kehebatan alam Melayu sememangnya wajar kerana banyak penemuan penting boleh memperkukuh jati diri, kefahaman sejarah serta kedudukan bangsa dan agama dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

Kalau dikatakan pelaut Melayu mengajar masyarakat Rom membuat kapal atau kekayaan besi Kedah purba dikaitkan dengan hujan meteor, maka asas kajian, metodologi, sumber primer dan bukti arkeologi perlulah mampu berdiri sendiri apabila dicabar.

Hipotesis boleh diketengahkan. Teori juga boleh dibahaskan. Tetapi jangan sampai hipotesis dipersembahkan seolah-olah fakta yang sudah dimuktamadkan.

Iklan

Akhirnya, yang menjadi mangsa bukan sekadar kesarjanaan, tetapi sejarah bangsa itu sendiri.

Lebih malang apabila masyarakat mula keliru antara fakta, tafsiran dan dakwaan peribadi.

Iklan

Menara gading pula bukan tempat untuk menghasilkan keyakinan tanpa semakan, sebaliknya medan ilmu yang menuntut penelitian, sanggahan dan pembuktian.

Merak Jalanan percaya, bangsa yang benar-benar besar tidak takut kepada fakta. Sebaliknya, martabatnya semakin tinggi apabila sejarahnya diuji, disemak dan tetap kukuh berdiri.

Agungkan bangsa, silakan. Tetapi jangan agungkan dakwaan berbaur pseudo sehingga bangsa sendiri akhirnya menjadi jenaka.