Trump mula bosan dengan perang Iran

Iklan
Trump ketika menyampaikan ucapan di Taman Ros Rumah Putih, Washington DC. Foto AFP

WASHINGTON - Enam bulan selepas Amerika Syarikat (AS) melancarkan perang terhadap Iran, Presiden Donald Trump dilihat semakin kurang memberi perhatian terhadap konflik yang pada awalnya dijangka berakhir dengan segera.

Dalam satu sidang media spontan minggu lalu, Trump lebih banyak bercakap mengenai projek pengubahsuaian Rumah Putih, termasuk padang pendaratan helikopter, dewan tari-menari dan batu granit, berbanding perang yang dilancarkan pentadbirannya terhadap Iran.

Iklan
Iklan

Ketika ditanya mengenai perkembangan konflik itu selepas membawa wartawan melawat kawasan South Lawn, Trump hanya menjawab bahawa 'situasi ketika ini sangat baik'.

Dalam acara selama 36 minit itu, Trump menyebut perkataan granit sebanyak 13 kali, berbanding hanya tiga kali menyebut Iran.

Iklan
Iklan

Namun, perang berkenaan semakin menjadi beban politik kepada Trump.- AFP