Aku janji, perlindungan guru perlu penjelasan konkrit - KONGRES
Iklan
Mohamad Zapawi (empat dari kanan) menyerahkan memorandum kepada Radin Muhd. Imaduddin (lima dari kanan) dalam satu program di Ipoh baru-baru ini.
PETALING JAYA - Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) menegaskan pendirian menyokong Polisi Perlindungan Murid yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan demi memastikan keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa terpelihara.
Namun KONGRES berpandangan pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid, khususnya berkaitan iBorang Aku Janji perlu diperjelaskan dan ditambah baik supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan guru dan pihak pengurusan sekolah.
Iklan
Iklan
Presidennya, Mohamad Zapawi Mamat berkata, bagi merungkai perkara terbabit KONGRES telah mengemukakan memorandum kepada Menteri Pendidikan melalui Pegawai Tugas-Tugas Khasnya, Dr. Radin Muhd Imaduddin Radin Abdul Halim di Ipoh baru-baru ini, bagi menyatakan pandangan serta cadangan berhubung pelaksanaan polisi tersebut.
"KONGRES ingin menegaskan bahawa guru tidak pernah menolak tanggungjawab untuk memastikan murid berada dalam persekitaran sekolah yang selamat, kondusif dan bebas daripada penderaan, gangguan, eksploitasi, buli serta pengabaian.
Iklan
"Tanggungjawab melindungi murid juga bukan tanggungjawab guru semata-mata.
"Ia merupakan tanggungjawab bersama yang melibatkan pentadbir sekolah, guru, kakitangan sokongan, ibu bapa, pihak luar yang berurusan dengan murid serta seluruh komuniti pendidikan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Mohamad Zapawi berkata, pada masa yang sama, KONGRES berpandangan bahawa guru merupakan antara benteng hadapan dalam melaksanakan tanggungjawab mendidik dan menjaga keselamatan murid.
Katanya lagi, dalam melaksanakan amanah tersebut, guru dalam keadaan tertentu turut berdepan dengan risiko perundangan, tatatertib, liabiliti sivil, siasatan dan pertuduhan.
"KONGRES melihat terdapat keperluan untuk KPM memberikan penjelasan yang lebih terperinci berhubung penggunaan perkataan 'wajib' dalam SPI Bilangan 4 Tahun 2026.
"Hal ini kerana, dokumen rasmi tersebut menggunakan istilah 'wajib', sedangkan dalam sesi libat urus pada 14 Ogos 2026, dijelaskan bahawa tandatangan Aku Janji tidak membawa implikasi tindakan tatatertib dan lebih kepada tanda solidariti serta kebersamaan,"ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menyeru KPM, supaya menyemak semula SPI Bilangan 4 Tahun 2026 bagi mengelakkan percanggahan dan kekeliruan dalam pelaksanaannya.
Tambahnya lagi pihaknya berharap KPM memberikan penjelasan rasmi secara bertulis mengenai status sebenar tandatangan Borang Aku Janji, termasuk kedudukan dan implikasi sekiranya seseorang guru tidak menandatanganinya.
KONGRES terdiri daripada gabungan enam kesatuan dan rakan strategik persatuan iaitu Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM), Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat (KKGAMB), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil Malaysia (KKGSTM), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia (KKGGBM), Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Malaya (KGGM), danPersatuan Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-GURU).
Beliau berkata, Jabatan Audit Negara sentiasa menjalankan pengauditan berdasarkan piawaian kewangan serta bukti sahih sebelum sesuatu penyata atau sijil audit dikeluarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/793423/berita/nasional/tiada-bukti-penyelewengan-tabung-haji-saya-tak-faham-erti-sakau---bekas-ketua-audit-negara
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.