MetMalaysia keluar amaran cuaca panas Tahap 1 di 17 kawasan

Iklan
MetMalaysia pada Selasa mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 17 kawasan. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 17 kawasan.

Menurut kenyataan MetMalaysia, daripada jumlah itu, 11 kawasan adalah di Semenanjung membabitkan Larut dan Matang, Kuala Kangsar, Kampar serta Batang Padang di Perak; Kuala Krai di Kelantan; Kuantan, Raub, Temerloh dan Pekan di Pahang; serta Hulu Selangor dan Gombak di Selangor.

Iklan
Iklan

Sementara itu, lima kawasan di Sabah yang turut berada pada Tahap 1 ialah Telupid, Tenom, Sandakan, Pitas dan Beluran, manakala kawasan yang direkodkan di Sarawak melibatkan daerah Marudi.

MetMalaysia memaklumkan status Tahap 1 itu dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Iklan
Iklan

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu melalui https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini tentang status cuaca panas harian di seluruh negara. - Bernama