Teknologi, ilmu perlu seiring bina negara

Iklan
Malaysia #QuranHour peringkat Melaka akan berlangsung di Masjid As-Syuja’ah, Merlimau Utara dengan sasaran 500 peserta.

MELAKA - Kemajuan teknologi tanpa penguasaan ilmu dan kesedaran untuk menggunakannya secara berhemah dikhuatiri mendorong masyarakat, khususnya generasi muda, leka dengan hiburan sehingga menjejaskan usaha membina negara.

Sehubungan itu, Malaysia #QuranHour yang berlangsung serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini membawa mesej agar umat Islam kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi cabaran semasa.

Iklan
Iklan

Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Murad Ahmat yang juga urusetia program itu bagi negeri Melaka berkata, cabaran pembangunan negara hari ini bukan hanya berkaitan kemajuan fizikal sebaliknya, turut memerlukan pembentukan manusia yang berilmu, berdisiplin dan sedar akan tanggungjawab masing-masing.

“Kita berada dalam era teknologi yang sangat pesat berkembang. Cabarannya ialah bagaimana teknologi itu digunakan untuk meningkatkan ilmu dan produktiviti.

Iklan

“Sebab itu, mesej al-Quran perlu diterjemahkan dalam kehidupan semasa. Pembangunan negara tidak boleh hanya bergantung kepada teknologi, tetapi mesti bermula dengan pembangunan manusia,” katanya.

Beliau berkata, Malaysia #QuranHour peringkat Melaka akan berlangsung di Masjid As-Syuja’ah, Merlimau Utara dengan sasaran 500 peserta.

Iklan

Ujarnya, pemilihan lokasi berkenaan memberi peluang kepada masyarakat sekitar termasuk dari Muar, Johor menyertai program yang dilaksanakan serentak di seluruh negara.