NEW DELHI - Sekurang-kurangnya tiga bayi baru lahir maut awal Isnin dalam kebakaran besar di unit rawatan rapi neonatal sebuah hospital kerajaan di negeri Maharashtra, barat India, menurut polis, lapor Xinhua.
Kebakaran berlaku di tingkat tiga hospital, dipercayai berpunca akibat litar pintas pada sebuah ventilator di Hospital Wanita di Daerah Amravati, kira-kira 651 kilometer timur laut Mumbai, ibu negeri Maharashtra.