Nenek maut kereta dipandu cucu rempuh pokok

Iklan
Seorang wanita warga emas maut selepas kereta jenis Perodua Axia dinaikinya dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Cabang 4 Salam, Rantau Panjang pada Isnin.Foto:JBPM

RANTAU PANJANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kereta jenis Perodua Axia dinaikinya dipercayai terbabas sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Cabang 4 Salam di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.16 pagi itu Che Rokiah Che Idris, 73, yang tersepit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Dua lagi mangsa dipercayai cucu kepada warga emas berkenaan iaitu Nor Maisarah Mazlan, 23, dan Norqistina,18, mengalami kecederaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.16 pagi itu Che Rokiah Che Idris, 73, yang tersepit meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, Penolong Penguasa Bomba Hamzah Musa berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan memaklumkan tentang kejadian berkenaan.

"Sebuah jentera bersama enam anggota digerakkan ke lokasi.

Iklan

Warga emas itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis di lokasi kejadian.

Menurut beliau, warga emas itu berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada pihak polis di lokasi kejadian.

Allahyarham Che Rokiah.

Ujarnya, manakala dua lagi mangsa dipercayai adik beradik dan merupakan pemandu serta penumpang mengalami kecederaan.

Jelas beliau, mereka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.