Armada gesa kerajaan dedah ekshibit laporan RCI Tabung Haji

Iklan
Muhammad Hilman Idham

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa kerajaan agar segera mendedahkan semua ekshibit dan dokumen sebenar yang dirujuk Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji ( TH).

Ketuanya, Muhammad Hilman Idham berkata, kerajaan telah mendedahkan Laporan RCI kepada rakyat dan Parlimen, tetapi dokumen sebenar yang disenaraikan sebagai ekshibit dan menjadi asas kepada dapatan tersebut masih belum diberikan akses kepada umum.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi memastikan dapatan RCI dapat diteliti secara telus dan menyeluruh, kerajaan wajar mendedahkan dokumen-dokumen sokongan tersebut kepada penelitian awam.

"Pada masa yang sama, dapat difahami sekiranya terdapat mana-mana dokumen yang dilindungi undang-undang atau pendedahannya boleh menjejaskan siasatan yang sedang berjalan.

Iklan

"Dokumen tersebut boleh dikecualikan dengan alasan undang-undang yang jelas. Namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk menutup keseluruhan rekod bukti daripada pengetahuan rakyat," ulasnya.

Sebelum ini, laporan RCI mengenai TH yang didedahkan kepada umum pada 29 Julai lalu merekodkan pelbagai kelemahan berkaitan pengurusan dan tadbir urus institusi itu bagi tempoh 2014 hingga 2020 serta mengemukakan 25 syor penambahbaikan.

Iklan

Tambah Muhammad Hilman, rakyat Malaysia harus diberi akses dan peluang menilai sendiri bukti dan fakta di sebalik dapatan RCI Tabung Haji.