Lelaki warga asing cabul wanita dalam tren LRT

Iklan
Seorang lelaki warga asing ditahan kerana dipercayai mencabul seorang wanita ketika berada di dalam tren LRT. Gambar kecil: Khairul Anuar

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan kerana dipercayai mencabul seorang wanita ketika berada di dalam tren Transit Aliran Ringan (LRT) di Stesen LRT Setiawangsa di sini pada 19 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa menaiki tren dari Stesen Wangsa Maju menuju ke Stesen Pasar Seni.

Iklan
Iklan

“Susulan kejadian itu, laporan polis dibuat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media pada Isnin.

Beliau berkata, suspek berjaya ditahan Polis Bantuan Prasarana di Stesen LRT Pasar Seni kira-kira jam 11.30 pagi pada Jumaat lalu.

Iklan

“Suspek kemudian diserahkan kepada anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk tindakan lanjut.

“Permohonan reman terhadap suspek dibenarkan selama empat hari bermula Sabtu hingga Selasa bagi membantu siasatan,” katanya.

Iklan