Iran umum penemuan rizab hidrokarbon baharu berskala besar

Iklan
Mohsen Paknejad (gambar kecil) mengumumkan penemuan rizab hidrokarbon baharu berskala besar yang disifatkan sebagai aset penting bagi menjamin keperluan tenaga Iran pada masa depan - Foto: Agensi

TEHRAN - Menteri Minyak Iran, Mohsen Paknejad mengumumkan penemuan rizab hidrokarbon baharu berskala besar yang disifatkannya sebagai aset penting bagi menjamin keperluan tenaga negara itu pada masa depan, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).

Paknejad membuat pengumuman itu di luar satu majlis pada Ahad sempena Minggu Kerajaan bagi memperbaharui ikrar kesetiaan terhadap cita-cita pemimpin Revolusi Islam, Allahyarham Ayatollah Imam Khomeini.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, lebih 7.5 trilion kaki padu gas ditemukan di wilayah Fars di selatan Iran, dengan kira-kira 5.7 trilion kaki padu daripadanya dianggarkan boleh diperoleh.

Menjawab soalan mengenai kesan sekatan ekonomi dan tekanan terhadap Iran, Paknejad menolak kebimbangan berhubung sekatan Amerika Syarikat (AS), sambil berkata beliau mempunyai berita baik mengenai penemuan rizab hidrokarbon baharu.

Iklan

Beliau berkata, butiran lanjut mengenai penemuan itu akan diumumkan pada masa yang sesuai.

"Dengan izin Tuhan serta usaha tanpa henti dan kerja keras rakan-rakan kami, sejumlah besar rizab hidrokarbon telah ditemukan dan ia akan menjadi asas kukuh bagi masa depan tenaga negara,” kata beliau.

Iklan

Pengumuman itu dibuat ketika Iran terus berdepan sekatan ekonomi meluas yang menjejaskan sektor utama ekonominya, khususnya industri minyak dan akses kepada pasaran antarabangsa.

Walaupun berdepan tekanan ekonomi, Iran terus berusaha membangunkan sumber tenaga domestik serta meningkatkan keupayaan pengeluaran dan eksport tenaga. - Bernama