Inkues Zara Qairina bersambung, saintis forensik beri keterangan

Iklan
Dr Wan Syuhaila (kiri) bersama pasukannya diirigi peguam Mohd Syarulnizam (kanan) di Mahkamah Koroner, Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Inkues kematian Zara Qairina Mahathir bersambung semula pada Isnin, dengan mendengar kenyataan daripada saintis forensik, Dr Wan Syuhaila Mat Isa sebagai saksi ke-77 di Mahkamah Koroner, di sini.

Prosiding yang memasuki hari ke-84 itu mengemukakan Dr Wan Syuhaila, 52, yang merupakan Pensyarah dan Penyelidik Sains Forensik di Universiti Sains Malaysia (USM).

Iklan
Iklan

Beliau juga merupakan rakan sepasukan Dr Tay Eue Kam dan Dr Dzulkiflee Ismail yang turut mempunyai kepakaran dalam analisis tulisan tangan dan dokumen.

Ketiga-tiga mereka dipanggil untuk memberi keterangannya semasa prosiding yang berlangsung sehingga Jumaat ini.

Iklan

Pasukan peguam bagi pihak ibu Zara Qairina dibarisi oleh Shahlan Jufri, Datuk Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan James.

Inkues dikendalikan pasukan pendakwaan Negeri Sabah, Nahra Dollah, serta Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Fairuz Johari, Dana Arabi Wazani, Sofia S Sawayan dan Dacia Jane Romanus, manakala Hakim Koroner ialah Amir Shah Amir Hassan.

Iklan

Peguam bagi bapa Zara Qairina, Mahathir Mohd Hashim, ialah Sherzali Herza Asli, Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip dan Clarice Vyonne Conrad.

Peguam bagi pelajar A yang dikaitkan dengan kematian Zara Qairina ialah Datuk Ram Singh, Joan Goh dan Prem Elmer Ganasan, manakala peguam bagi empat lagi pelajar diwakili oleh Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Sylvester Kuan.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di bangunan bawah asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai tahun lalu dan dilaporkan meninggal dunia keesokan harinya.