Fahami, hayati mesej al-Quran
Iklan
Rumah Ngaji di Perak menunjukkan sokongan terhadap penganjuran Malaysia #QuranHour.
IPOH - Penganjuran Malaysia #QuranHour 2026 peringkat Negeri Perak kali ini tampil lebih tersusun dan berstruktur dengan pelbagai pengisian termasuk sesi bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pengerusi Rumah Ngaji Perak, Robaatun Hadayiah Harun berkata, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN akan memberi penerangan berkaitan pemeliharaan al-Quran, satu daripada usaha meningkatkan impak kesedaran kepada masyarakat.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, tahun ini Rumah Ngaji Perak mengambil inisiatif mengadakan Malaysia #QuranHour lebih awal daripada tarikh kebangsaan.
Katanya, program berkenaan dijadual berlangsung pada 27 Ogos ini di Masjid Al Hidayah, RPT Pengkalan Pegoh dengan sasaran penyertaan sekitar 500 peserta melibatkan seluruh jaringan Rumah Ngaji di negeri ini.
Iklan
“Perubahan tarikh dibuat bagi memastikan kehadiran lebih ramai peserta memandangkan tarikh asal, 30 Ogos jatuh pada hari Ahad, sehari sebelum cuti umum Hari Kebangsaan,” jelasnya.
Dalam pada itu, Robaatun berkata, pengisian program tahun ini turut disusun dengan lebih rapi melalui penglibatan penceramah dan pembaca al-Quran yang berpengalaman.
Iklan
Katanya, sesi tadabbur akan disampaikan oleh Dr Mohd Syafiq Sahimi manakala bacaan al-Quran dipimpin pendakwah kelahiran Palestin, Sheikh Muhammad Wael melibatkan penghayatan Surah al-Muzzammil, al-Balad dan al-Baqarah.
“Pengisian kali ini kita susun dengan lebih terarah supaya peserta bukan sahaja membaca, tetapi memahami dan menghayati mesej al-Quran,” ujarnya.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata, sambutan di peringkat daerah juga semakin menggalakkan apabila beberapa kawasan seperti Perak Tengah, Bagan Serai dan Tapah turut merancang penganjuran masing-masing.
Program Malaysia #QuranHour 2026 kembali membawa seruan ‘Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera’ dengan pengisian yang menekankan penghayatan al-Quran sebagai panduan membentuk masyarakat berakhlak dan penyayang.
Penganjuran peringkat kebangsaan akan berlangsung di Masjid Al-Sultan Abdullah, Jalan Stadium, Presint Merdeka 118, Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang.
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.