Suami Amyza Aznan kritikal, ditidurkan

Iklan
Amyza mengesahkan suaminya, Khairil Izhar sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan yang memerlukan perhatian selepas ditidurkan.

SUAMI pelakon Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir kini sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan yang memerlukan perhatian selepas ditidurkan.

Perkara itu dikongsikan Amyza menerusi media sosialnya.

Iklan
Iklan

"Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur," titipnya yang turut memuat naik foto suaminya sedang menerima rawatan.

Sementara itu, pengurus Amyza memaklumkan akan berkongsi keadaan semasa selepas merujuk doktor yang merawat.

Iklan

"Kepada media dan wartawan yang menunggu keadaan suami Amyza, kami akan mengemas kini sebarang info terbaharu dalam masa terdekat setelah merujuk kepada pihak doktor, terima kasih," titipnya.

Khairil Izhar kini sedang menerima rawatan dan berada dalam keadaan yang memerlukan perhatian selepas ditidurkan.

Iklan

Anak kedua Amyza, Adrian Adam turut memohon doa orang ramai untuk kesejahteraan bapa.

"Get well soon daddy. Doakan ayah saya semua guys, terima kasih," titip Adrian di IG story.

Media terdahulu melaporkan Khairil Izhar pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung.

Pada Mac 2024, bapa kepada tiga cahaya mata itu juga dilaporkan mengalami masalah buah pinggang kronik tahap lima dan memerlukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.

Sekadar info, Amyza dan Khairil Izhar berkahwin pada tahun 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam dan Ayden Andika.

Anak sulung mereka, Andre yang menghidap kanser paru-paru telah kembali ke rahmatullah pada 23 Februari lalu. - SinarPlus