Jokowi jawab dakwaan dirinya disihir

Iklan
Wajah Jokowi mengalami perubahan ketika sakit (kanan). Foto Jawa Pos

JAKARTA – Bekas Presiden Indonesia, Joko Widodo atau lebih dikenali Jokowi mengakui keadaan kesihatannya kini semakin baik meskipun masih belum pulih sepenuhnya daripada penyakit kulit yang dihidapinya sejak menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Presiden pada 2024.

Jokowi berkata, beliau sendiri masih belum mengetahui punca sebenar penyakit berkenaan, sekali gus menolak untuk membuat sebarang andaian mengenainya.

Iklan
Iklan

Ketika ditanya sama ada penyakit itu berpunca daripada perbuatan sihir, beliau hanya menjawab secara berseloroh.

"Biasanya nyantet, kok, disantet," (Biasanya orang yang menyihir, bukannya saya yang disihir), katanya dalam wawancara eksklusif bersama majalah Tempo pada 11 Ogos lalu.

Iklan

Dalam wawancara yang berlangsung lebih sejam itu, Jokowi turut menjawab pelbagai persoalan berkaitan isu politik dan peribadi yang menjadi perhatian umum selepas beliau meninggalkan jawatan sebagai Presiden Indonesia.

Antara topik yang disentuh termasuk pencalonan anak sulungnya, Gibran Rakabuming Raka, yang dikaitkan dengan dakwaan melanggar Undang-Undang Pilihan Raya, hubungan beliau dengan Presiden Prabowo Subianto yang didakwa semakin renggang, kontroversi berkaitan isu ijazahnya serta pelbagai polemik politik yang dikaitkan dengannya.

Iklan

Keadaan kulit Jokowi mula menjadi perhatian umum sekitar pertengahan 2025 selepas beberapa gambar dan kemunculan awamnya memaparkan perubahan ketara pada wajah dan lehernya.

Perubahan itu mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat Indonesia mengenai tahap kesihatannya.

Bagaimanapun, Jokowi sebelum ini menjelaskan bahawa keadaan tersebut berpunca daripada alahan kulit yang dialaminya selepas pulang daripada lawatan rasmi ke Vatican pada April 2025. Beliau menegaskan penyakit itu bukan serius dan hanya memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.

Beberapa pembantu rapatnya turut memaklumkan bahawa bekas Presiden itu kekal aktif menjalankan rutin harian serta menghadiri pelbagai program meskipun masih menjalani rawatan dan proses pemulihan.

Dalam wawancara terbaharu bersama Tempo, Jokowi mengesahkan keadaan kesihatannya semakin baik, namun mengakui beliau masih belum pulih 100 peratus dan tidak mengetahui punca sebenar penyakit kulit yang dihadapinya.- Agensi