10 PATI lolos, Polis Kelantan lancar Ops Tutup seluruh negeri

Iklan
Mohd Yusoff (tengah) semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di IPK Kelantan pada Ahad.

KOTA BHARU - Polis Kelantan melancarkan Ops Tutup di seluruh negeri termasuk di sempadan selepas 10 pendatang asing tanpa izin (PATI) meloloskan diri dari Depot Imigresen Tanah Merah pada Ahad.

Kesemua PATI iaitu tujuh daripadanya merupakan warga Thailand, manakala masing-masing seorang Indonesia, Bangladesh dan etnik Rohingya dipercayai memakai pakaian hijau terang yang merupakan pakaian tahanan dan dilaporkan berkepala botak.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, kejadian itu berlaku kira-kira kam 3 pagi dan kesemua PATI terbabit kini sedang diburu.

"Kita telah buat hebahan termasuk Ops Tutup dan mempertingkatkan kawalan di kesemua pos kawalan sempadan terutama di Rantau Panjang.

Iklan

"Semuanya sudah dimaklumkan awal pagi tadi," katanya semasa sidang akhbar Pelupusan Barang Kes Melibatkan Dadah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Sebelum itu di media sosial tersebar pemakluman yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah tentang 10 PATI meloloskan diri dari Depo Imigresen Tanah Merah dan lokasi terakhir mereka dikesan ialah di Bukit Tebu.

Iklan

Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil sebarang tindakan sendiri dan menyerahkan kepada pihak berkuasa dengan menghubungi talian 09-9556222 atau 09-9556223.