Warga Felda meriahkan Malaysia #QuranHour
Iklan
Malaysia #QuranHour akan diadakan di Masjid An-Nur Felda Aping Timur, Kota Tinggi pada 30 Ogos ini. Gambar kecil: Profesor Dr Hussin Salamon
JOHOR BAHRU - Penganjuran Program Malaysia #QuranHour di Masjid An-Nur Felda Aping Timur, Kota Tinggi pada 30 Ogos ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran warga Felda seluruh Johor apabila mendapat kerjasama daripada Wakaf Felda.
Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Rumah Ngaji Negeri Johor (PPRNNJ), Profesor Dr Hussin Salamon berkata, pengisian program juga tampil sedikit berbeza berbanding penganjuran sebelum ini kerana Wakaf Felda turut mengadakan program selama tiga hari di lokasi berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, ia sekali gus menarik ramai warga Felda terutama kawasan sekitar untuk hadir mengimarahkan majlis yang berlangsung sehari sebelum sambutan bulan kebangsaan itu.
“Persiapan bagi program itu berjalan lancar malah Masjid Jamek An-Nur Felda Aping Timur juga sudah bersedia sepenuhnya untuk penganjuran majlis tersebut.
Iklan
“Kita menjangkakan kehadiran seramai 2,000 orang menerusi hebahan kepada jabatan-jabatan kerajaan, sektor swasta serta masyarakat untuk meningkatkan kesedaran mengenai Malaysia #QuranHour dan mengajak lebih ramai pihak bersama dalam gerakan membudayakan al-Quran,” katanya.
Beliau berkata, rangkaian Rumah Ngaji di seluruh Johor juga digerakkan untuk menyampaikan hebahan dan membawa mesej Malaysia #QuranHour kepada komuniti masing-masing.
Iklan
Dalam pada itu mengulas mengenai pemilihan tiga surah yang dipilih untuk Malaysia #QuranHour iaitu al-Muzzammil, al-Balad dan al-Baqarah, Hussin berkata, ia sangat bertepatan dengan sambutan bulan kebangsaan.
“Kemerdekaan tidak seharusnya kita fahami hanya sebagai kebebasan daripada penjajahan secara fizikal kerana al-Quran membawa kita kepada pengertian kemerdekaan yang lebih mendalam iaitu kemerdekaan jiwa dan pemikiran serta kebebasan daripada hawa nafsu, kejahilan, kezaliman, kerosakan dan segala perkara yang meruntuhkan nilai kemanusiaan.
“Sebab itu melalui Malaysia #QuranHour, kita mahu membawa mesej bahawa sebuah negara yang benar-benar merdeka perlu dibangunkan oleh manusia yang merdeka jiwanya, kukuh nilai dan prinsipnya serta mempunyai rasa tanggungjawab terhadap orang lain,” ulasnya.
Tema Malaysia #QuranHour (MQH) 2026, Bingkas Menuju Malaysia Sejahtera tepat dalam mengajak masyarakat bangkit membina kehidupan berteraskan al-Quran khususnya ketika berdepan cabaran akhlak dan gejala sosial, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Imam Besar Negeri Kelantan, Muhammad Hana Pizi Abdullah berkata, beliau mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menyokong usaha berkenaan kerana tema yang diketengahkan mesej jelas untuk masyarakat kembali kepada panduan al-Quran.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/792683/khas/quranhour/mqh-bingkas-menuju-malaysia-sejahtera-seru-masyarakat-kembali-kepada-al-quran
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.